Tuesday 29 September 2009

Sabah dilanda ribut...

"Kota Kinabalu: Power supply to almost the whole State was disrupted when trees fell on electricity cables during the thunderstorm on Sunday night."

Source: Daily Express 29 September 2009.

Fenomena angin kencang yang berlaku di Sabah sejak akhir-akhir ini terutamanya di perairan Sabah telah memberikan kerisauan dan trauma kepada penduduk yang terlibat. Begitu juga yang berlaku hari ini 29 September 2009 dikampung saya Kg Kinabutan Kecil Tawau dilaporkan telah berlaku angin puting beliung atau "twister" yang telah mengakibatkan kerosakan beberapa buah rumah dan pokok-pokok tumbang. Dilaporkan juga perkara ini terjadi akibat tempias angin ribut atau "typhoon" yang melanda selatan kepulauan Filipina. Apa yang pasti, kerugian terpaksa ditanggung oleh mereka yang terlibat dan diharap pihak yang berwajib tampil menghulurkan bantuan.

Maklumat yang diterima daripada sahabat-sahabat yang bekerja di pelantar-pelantar minyak di perairan Sabah juga telah mengalami angin kencang selaju 60 knot yang mana kekuatan angin ini dapat menerbangkan material yang berat.

Para ahli astronomi perkara ini adalah fenomena alam ayng berkait dengan peredaran bulan dan bintang-bintang di alam semesta. Di pihak ahli agama (Islam) perkara ini ada hubung kaitnya dengan tanda-tanda akhir zaman atau kiamat kecil seperti yang telah banyak di rakamkan dalam hadith-hadith Nabi SAW tentang suasana pada akhir zaman dan kehancurannya.

Apa komen anda?

No comments:

Post a Comment