Tuesday 22 September 2009

"Raya Mercun..."

Mercun ialah sejenis perkakas letupan kecil yang direka terutamanya untuk menghasilkan bunyi bising yang amat kuat, terutamanya dalam bentuk dentuman kuat, apa-apa kesan visual turut bersampingan dengan tujuan ini. Mercun mempunyai sumbu dan dibalut dengan longsongan kertas yang sangat tebal agar dapat menampung letupan besar.
Asalnya, niat hendak bersuka ria untuk menyambut Aidilfitri bersama rakan sekampung atau setempat walaupun pada hakikatnya ia bukanlah tradisi orang melayu dalam menyambut aidilfitri.
Kini, pihak kerajaan telah mengklasifikasikan mercun sebagai bahan api yang diharamkan kepada sesiapa sahaja yang menyimpan, menjual dan bermain yang mana boleh dikenakan hukuman denda RM 1o,000 jika disabit kesalahan.
Tetapi permasalahannya disini, setiap tahun ada sahaja kanak-kanak yang menjadi cacat jari dan tangan dan ada juga kes mata menjadi buta seperti yang selalu disiarkan dalam media massa dan elektronik. Mengapakah ini terjadi? Dimanakah silapnya? Apa yang pasti anak-anak kita yang menjadi mangsa sementara pengedar dan penjual yang mengaut keuntungan berlipat kali ganda...! Jika hari ini terjadi kepada anak orang lain, tidak mustahil jika perkara ini berlaku kepada anak ANDA dan masa itu sudah tiada berguna lagi penyesalan.
Persoalan-persoalan yang perlu dijawab:-
1. Bagaimana mercun ini bolos ke negara kita?
2. Bagaimana penjual mercun boleh jual secara terbuka?
3. Dimanakah pihak-pihak berkuasa untuk menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada?
4. Dimanakah tanggungjawab ibubapa kanak-kanak yang bermain mercun ini?
5. Perlukah kerajaan meningkatkan denda serta hukuman kesalahan berkaitan mercun ini?
6. Adakah ANDA terlibat dengan MERCUN ini???

No comments:

Post a Comment