Tuesday 29 September 2009

"MANILA (AFP) - – Hundreds of thousands of exhausted Philippine flood survivors crowded into schools, gymnasiums and other makeshift shelters on Tuesday, as the death toll from the weekend disaster soared to 240.

"More people are coming in by the hour.... We don't know how long we will be able to sustain this," said Joe Ferrer, a local government official in charge of a shelter on a basketball court on the outskirts of Metro Manila. Related article: Disease threat.

"We need clothing, food supplies, food rations and medicine."

The latest death toll of 240 was 100 more than Monday's assessment."

Source: AFP 29 September 2009.

Mungkinkah ini yang dinamakan kiamat kecil yang dijanjikan, tetapi siapa yang hendak ambil tahu? Sesungguhnya manusia itu sering dalam keadaan lalai dan lupa sehinggalah malaikat maut menjemput pulang...

Muhasabahlah diri masing-masing. Apa komen anda?

Sabah dilanda ribut...

"Kota Kinabalu: Power supply to almost the whole State was disrupted when trees fell on electricity cables during the thunderstorm on Sunday night."

Source: Daily Express 29 September 2009.

Fenomena angin kencang yang berlaku di Sabah sejak akhir-akhir ini terutamanya di perairan Sabah telah memberikan kerisauan dan trauma kepada penduduk yang terlibat. Begitu juga yang berlaku hari ini 29 September 2009 dikampung saya Kg Kinabutan Kecil Tawau dilaporkan telah berlaku angin puting beliung atau "twister" yang telah mengakibatkan kerosakan beberapa buah rumah dan pokok-pokok tumbang. Dilaporkan juga perkara ini terjadi akibat tempias angin ribut atau "typhoon" yang melanda selatan kepulauan Filipina. Apa yang pasti, kerugian terpaksa ditanggung oleh mereka yang terlibat dan diharap pihak yang berwajib tampil menghulurkan bantuan.

Maklumat yang diterima daripada sahabat-sahabat yang bekerja di pelantar-pelantar minyak di perairan Sabah juga telah mengalami angin kencang selaju 60 knot yang mana kekuatan angin ini dapat menerbangkan material yang berat.

Para ahli astronomi perkara ini adalah fenomena alam ayng berkait dengan peredaran bulan dan bintang-bintang di alam semesta. Di pihak ahli agama (Islam) perkara ini ada hubung kaitnya dengan tanda-tanda akhir zaman atau kiamat kecil seperti yang telah banyak di rakamkan dalam hadith-hadith Nabi SAW tentang suasana pada akhir zaman dan kehancurannya.

Apa komen anda?
PBS is concerned that Sabah has only been allocated 26 new Federal projects worth RM1.5 billion in the 9MP compared to Sarawak's 147 new projects worth RM2.83 billion and 644 new projects worth a total RM27.9 billion for Peninsular Malaysia.

"For instance, in my own village at Kampung Marakau, Ranau, the local people who live within a 3km radius of Ranau town have to endure a 12km stretch of bumpy ring roads not paved since 1963 because there is no allocation forthcoming," he said.

Source: Daily Express 25 February 2005.

Di mana pemimpin-pemimpin Sabah kita, di mana YB-YB yang kita undi semasa pilihanraya? Apa yang pasti rakyat Sabah tetap terbelenggu dengan masalah yang tidak tahu dimana penghujungnya. Kepada rakyat Sabah yang perihatin bukalah mata, pasangkanlah telinga dan panjangkanlah minda. Dengan itu, apa komen anda?

Tuesday 22 September 2009

"Raya Mercun..."

Mercun ialah sejenis perkakas letupan kecil yang direka terutamanya untuk menghasilkan bunyi bising yang amat kuat, terutamanya dalam bentuk dentuman kuat, apa-apa kesan visual turut bersampingan dengan tujuan ini. Mercun mempunyai sumbu dan dibalut dengan longsongan kertas yang sangat tebal agar dapat menampung letupan besar.
Asalnya, niat hendak bersuka ria untuk menyambut Aidilfitri bersama rakan sekampung atau setempat walaupun pada hakikatnya ia bukanlah tradisi orang melayu dalam menyambut aidilfitri.
Kini, pihak kerajaan telah mengklasifikasikan mercun sebagai bahan api yang diharamkan kepada sesiapa sahaja yang menyimpan, menjual dan bermain yang mana boleh dikenakan hukuman denda RM 1o,000 jika disabit kesalahan.
Tetapi permasalahannya disini, setiap tahun ada sahaja kanak-kanak yang menjadi cacat jari dan tangan dan ada juga kes mata menjadi buta seperti yang selalu disiarkan dalam media massa dan elektronik. Mengapakah ini terjadi? Dimanakah silapnya? Apa yang pasti anak-anak kita yang menjadi mangsa sementara pengedar dan penjual yang mengaut keuntungan berlipat kali ganda...! Jika hari ini terjadi kepada anak orang lain, tidak mustahil jika perkara ini berlaku kepada anak ANDA dan masa itu sudah tiada berguna lagi penyesalan.
Persoalan-persoalan yang perlu dijawab:-
1. Bagaimana mercun ini bolos ke negara kita?
2. Bagaimana penjual mercun boleh jual secara terbuka?
3. Dimanakah pihak-pihak berkuasa untuk menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada?
4. Dimanakah tanggungjawab ibubapa kanak-kanak yang bermain mercun ini?
5. Perlukah kerajaan meningkatkan denda serta hukuman kesalahan berkaitan mercun ini?
6. Adakah ANDA terlibat dengan MERCUN ini???

Monday 21 September 2009

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Bersempena Aidilfitri yang mulia ini, terlebih dahulu diucapkan Selamat Hari Raya kepada semua muslimin dan muslimat walau di mana berada.
Alhamdulillah, blog ini terbit atas ilham dan desakan fikiran dalam menghadapi dan menyingkap persoalan-persoalan yang selama ini mungkin menghantui fikiran sesetengah pihak sambil sama-sama berbincang dan memberi sebarang "feedback" atau komen yang membina untuk kepentingan semua pihak. Jadi, Apa Komen Anda?
Salam hormat.
Terima kasih.